Nota

SEJARAH MATEMATIK

PENGENALAN 

Realitinya matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan sains dan teknologi. Oleh sebab itu, bagi menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan untuk membentuk sebuah negara maju, adalah amat penting untuk menguasai ilmu matematik. Kurikulum matematik sekolah menengah telah menggariskan 10 objektif yang ingin dicapai untuk merealisasikan hasrat tersebut. Bagi mencapai salah satu daripada objektif tersebut iaitu "menghargai kepentingan dan keindahan matematik", unsur-unsur sejarah telah disarankan agar didedahkan kepada pelajar. Unsur-unsur sejarah tersebut termasuklah riwayah hidup ahli-ahli matematik dan peristiwa tertentu dalam perkembangan matematik seperti bagaimana mereka memperoleh sesuatu teorem atau formula yang digunakan sehingga sekarang. 

 

Teknik rahsia menyelesaikan operasi Matematik dengan mudah, ringkas dan pantas!

Pernahkah anda mencuba apa-apa teknik untuk menyelesaikan permasalahan dalam Matematik?  Adakah teknik yang anda gunakan itu mudah bagi anda dan menjimatkan masa?

Biar saya beritahu anda satu fakta yang amat menarik mengenai minda anda. Minda manusia dicipta untuk berfungsi dengan malas tetapi, sebaliknya … ia amat cekap!

Minda sentiasa berfungsi untuk kita mendapatkan sesuatu hasil kerja yang banyak (maksimum) dengan usaha yang sedikit (minimum) . Ia menjadikannya amat produktif. Kita selalu inginkan, dengan hanya klik satu butang semua kerja dapat diselesaikan, pakaian dibasuh, pinggan dicuci dan kerja matematik disiapkan.

Seorang yang bijak dalam matematik mengetahui bagaimana untuk menggunakan kebolehan akal dan minda secara maksimum dan bukannya hanya mengikut teknik-teknik yang dipelajari dan inilah yang akan didedahkan dalam 30 teknik rahsia matematik.


Sebagai contoh


 Mari kita lihat sedikit…
                                                                                                                                                                                                                                    
            
     Lazimnya … anda perlu melakukan langkah kerja yang panjang dan mengambil masa yang lama jika anda diberi soalan seperti dibawah

                                                                                                                  
                       7  4  8  6  5  3
                        X         3  5  6  7  9
                                                      

Sebenarnya…

                   Hanya dengan dua langkah mudah iaitu ‘Urdhva’ & ‘Tizyag’ ataupun ‘Vertical’ & ‘Cross’ anda boleh menyelesaikannya hanya dalam 1 baris sahaja! Dan anda akan mendapat jawapan nombor pertama dahulu iaitu dari kiri kekanan.

                                                                                                                   
                       7  4  8  6  5  3
                        X         3  5  6  7  9
            2  6  7  1  1  1  9  0  3  8  7


Kesimpulannya :

“Matematik sebenarnya memerlukan pelajar sentiasa ligat berfikir mencari jalan penyelesaian bagi setiap soalan atau permasalahan. Mereka perlu kritis dan kreatif.

 

4 comments:

  1. Terima kasih kerana sanggup berkongsi !

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas comments yang diberi.

    ReplyDelete
  3. Boleh explain mcm mana nak dapatkan jawapan tu?
    email:wnamalinawismail@gmail.com.
    thanks

    ReplyDelete